 Blog For Free!
Archives
Home
2006 July
2005 November
2005 March
2004 September
2004 June
2004 May
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
|
| Kuda dan World Cup 2006 |
| 07.09.06 (11:33 pm) [edit] |
|
Weekend yang lalu 8-9 Julai 2006 dipenuhi dengan aktiviti menarik. Pada hari Sabtu, 8/7/06 aku dan Ina ke ofis Ina di TH Perdana. Ina perlu berkemas kerana cuma ada seminggu lagi di KEMAS WP ini, sbb bermula 17 Julai, Ina akan bertugas di Shah Alam. Sampai Maju Junction, kitaorang isi perut dulu kat Pesona, kemudian terus ke pejabat yang terletak di tingkat 28. Aku membaca surat khabar sementara Ina mengemas barang-barangnya yang banyak sangat. sebenarnya, cuma fail-fail dan kertas kerja, memo-memo dan surat-surat rasmi. Aku nak tolong pun, tak pasti apa yang boleh ditolong. Menghampiri jam 4, aku call En Amri, Pusat Ekuin UPM utk mempastikan bahawa kelas menunggang kuda dapat dijalankan. Manalah tahu andai di Serdang hujan turun. Kalau hujan, kelas tersebut terpaksa dibatalkan. Dia kata OK boleh datang, so kami pun terus menuju ke Serdang. Sampai saja di sana, aku terus menunaikan solat Asar. Selesai solat, aku dan Ina ke tempat belajar menunggang kuda. Kali ni kuda yang ditugaskan ialah kuda betina, JADE namanya. Aku pun memulakan kelas dgn menunggang secara perlahan, kuda berjalan sahaja kemudian barulah mengimbangi badan. En. Amri berpuashati dgn imbangan badan yg sudah boleh aku lakukan. Kemudian, dia mengajar agar aku naik-turun badan sebagaimana yang dikehendaki, iaitu up-forward and down. Agak lama juga, barulah aku mendapat rentak tersebut. Tapi, mengahnya rasa tak dapat nak kata. Bila mana dah dapat rentak kuda, memang rasa selesa semasa menunggang kuda cumanya aku tak dapat nak bagi constant speed atau pun gerakan yang konsisten. Lebih kurang 30 minit berlalu, aku pun kepenatan. Sebelum turun, seperti dua kelas sebelum ini, aku melakukan senaman di atas kuda. Bila turun je dari kuda, mata aku berpinar seakan-akan nak pitam. Tapi, aku gagahi juga melangkah keluar dari gelanggang. Alhamdulillah, aku tak pengsan kat sana. Aku dan Ina perlahan2 beredar ke tempat persalinan. Ada brader kat sana kata 100Plus ada dijual, aku minta agar Ina membeli 100Plus. Aku percaya rasa pitam ni kerana perjalanan darah dan oksigen yang tak stabil. Ina pula mengadu sakit tangan kerana memegang tandu kuda. Sebagaimana yg disuruh oleh En. Amri, aku mengambil madu Khaula dan resit di dalam biliknya di pejabat. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, waktu sudah senja.
Sebelah malam pula ialah Konsert Akademi Fantasia ke-6. Keseluruhannya, konsert kali ini sama sahaja dgn yg lalu sbb persembahan pelajar biasa-biasa saja. yang mungkin menarik kali ini ialah persembahan si Amirul dengan lagu dari kumpulan indonesia. boelh lah. manakala, persembahan farhan dgn lagu dangdut, kopi dangdut tidak berapa menyerlah disebabkan lontaran suara seperti lagu R&B. anyway, samapi ke akhir juga aku menonton konsert ini. Kali nin, pelajar yg bernama Diddy tersingkir, namun konsert ini memasukkan Leez sebagai pelajar selama satu minggu di Akademi.
Hari Ahad, pagi2 lagi aku dah bangun. Hari ni kena pergi ke Temerloh. Ina kena menjenguk kursus yang dianjurkan oleh KEMAS WP yang diadakan di Kolej RISDA, Temerloh. Cuci kereta sbb terlalu comot dan berhabuk. Jam 9.30 pagi baru bertolak. Isi minyak RM30.00 di stesen Petronas MRR2 Kepong. Tersalah jalan semasa bila jumpa simpang ke Temerloh. Akhirnya sampai juga ke Kolej Risda lebih kurang jam 12.00 tgh. Sementara Ina ke dewan untuk urusan seterusnya, aku menunggu di bilik rehat VIP, Alamanda. Bilik ni lengkap dengan TV, katil, tandas, fridge. Memang selesa. Apalagi, aku mengambil peluang ini untuk berehat sambil menonton televisyen, rancangan Melodi. Kira-kira jam 1.30 tgh, Ina datang mengajak makan tengah hari. Sebelum itu, akumenunaikan soalt zohor sbb dah asuk waktu. Kemudian, kami ke dewan makan untuk menjamu hidangan. Seterusnya, terus beredar dari Kolej RISDA kira-kira jam 2.15 ptg. Perjalanan lancar sahaja kecuali di bawah jambatan MRR2 yg ditutup itu dan tiba di Desa Coalfield pada pukul 5.00 ptg. Setibanya kami di rumah, aku menyembur kereta kerana tersangatlah kotor terkena percikan air di bawah jejambat MMR2 tadi. Kemudian, aku menonton cerita P.Ramlee, Sudah Putus Kasih Sayang. Aku ke surau untuk bersolat Maghrib berjemaah. Kedua-dua anak Bobot ikut, si Gemok dan si Dempol. Aku buat tak hirau je, kang nanti susah dia ikut masuk surau. Tapi, masa balik si Dempol ada ikut sekali balik.
Lepas makan malam, tengok TV sekejap. Kemudian, solat Isyak dan terus lelap mata. Kunci jam pukul 2.00 pagi sbb nak tengok final World Cup 2006 di antara Perancis dan Itali. Jam 2.30 pagi baru le terbangun, sempat lagi tengok. BUka tv, dah masuk minit2 akhir first half. aku bancuh air Kopi Ginseng Tongkat Ali CNI dan mengunyah kerepek ubi. Perlawanan memang best, sampai masuk ke minit tambahan 30 minit. Itupun masih seri 1-1. Tetiba, Zidane hantuk kepala dia ke dada pemain Itali, tarus kena kad merah dan keluar padang. Bila masa tambahan tamat, maka sepakan penalti menjadi penentu. Perancis tewas di tangan Itali, 3-5. Lepas tu tak tidur dah, terus mandi untuk pegi kerja. Hari Isnin dah ni..
|
|
|
| |
| Lepas raya... |
| 11.07.05 (9:48 pm) [edit] |
|
Masih belum terlambat rasanya nak ucapkan " selamat hari raya Aidilfitri" kepada semua yang menyambutnya. Hari ni raya ke-6, aku dah start keje on Monday, 7/11/2005. Raya kali ni aku bercuti sembilan hari bermula 29 Okt sampailah 6 Nov. Lama tuu.. Ayang keje on 31 Okt. So, di kesempatan itu, aku telah pergi ke Mid Valley utk beli minyak engine treatment X1-R. Sesambil tu, aku menonton wayang Legend of Zorro 2 kat GSC Mid Valley. Tiket harga RM6..sbb awal pagi. Seronok juga tengok awal2 pagi ni, sbb tak de orang sangat. Aku balik kampung on Tuesday, 1 Nov. Waahh..jalan balik kam pung dah canteek. Dah luas dan rata. Baru tahun inilah, perjalanan balik kampung selesa berbanding tahun-tahun lepas. Lagi pun, kali ini orang balik kampung berperingkat2 lantaran kerana cuti sekolah sudah bermula.
Aku balik Pasir Panjang dulu. Then, hari Rabu ke Parit 8. Pegi Sekinchan beli ayam dan barang2 dapur. Terjumpa Nazri Acik Sg Burong. Balik rumah, tak de orang. Rupanya, Ali dan Kak Ipah pegi Sg Besar membeli belah juga. Bang Nan balik keesokannya pula. Pagi Jumaat Bang Lan datang dari Perak. Lepas solat Jumaat, kami sekeluarga ke rumah Acik Sg Burong. Malam tu, aku dan Ina balik semula ke Pasir Panjang, sbb Bg Mamat jemput. Rupanya ada jamuan, termasuk juga orang baraan. Dapat khabar berita bahawa Azli anak Paman dan Alang kemalangan jalan raya di Parit 9. Kritikal katanya dah dibawa ke Hosp. Tg Karang. Dalam pukul 3.30 pagi, Ina dapat panggilan daripada Bg Loli mengkhabarkan bahawa Azli telah kembali ke rahmatullah kerana kecederaan yang teruk di kepala.
Jenazah sampai rumah Alang dalam jam 1.30 tgh. Solat jenazah pada pukul 3.00 ptg. Abg Kamil dan Abg Azhar pulang dari Johor. Malam tu ada kenduri tahlil di rumah Alang. Sebelum pegi rumah Alang, singgah rumah Abg Ujang. Dipelawa pula makan malam..makan nasi ayam. Kat rumah Alang, makan bihun sup.
Pagi Ahad, kami bertolak balik ke Sg Buloh. Sampai rumah pun dah hampir jam 12.30 tgh sbb jalan agak sesak di Tg Karang. Ina ajak ke IKEA lepas Maghrib, tapi sebelum tu isi perut dulu kat kedai makan tepi jalan besar. Pegi IKEA, sampai dalam jam 9.00 malam. Pilih barang2 spt coffee table, mirror, bakul sampah, etc dan terus bayar. IKEA closed store jam 10.00 malam. Terus balik rumah. Sampai kat rumah, Bobot telah menunggu. perghhh...
Sikit lagi nak cerita. Skang ni aku dah transfer ke Jabatan Ekonomi, tapi masih dalam bahagian Pentadbiran. Admin dulu dah pecah..so, setiap jabatan, JASM, JEK dan JA ada Admin sendiri. Aku dengan Wak Rosli ditugaskan di JEK. Hairi, Ridzuan, Maznah, Rafian di JASM manakala, Kak Ogy, Bg Maamor dan Bg Hussin di JA. Yg lain-lain macam Faizal- Legal, Haizara & Salina-JSM, Ishak & Rahmat, JHP.
Okaylah kerja kat sini, dan portfolio aku pun bertambah lah sikit memandangkan staff dah kurang. Aku in charge Training, Budget, IT Support.
Kaylah.... dah nak balik ni..Ina cui dua hari semalam dan hari ni. Esok keje. Esok boleh mula pose 6, insyaAllah. Wassalam.
|
|
|
| |
| Now in year 2005 |
| 03.02.05 (3:10 pm) [edit] |
|
Wallaa..sekarang dah masuk bulan March 2005. Ini adalah blog aku yang pertama untuk tahun ni. Apa lah nasib. Tahun ni boss dah bertukar, dari perempuan kepada lelaki..hehehhe...Director JASM. Bos section pulak tak nampak2 batang idung. Bos yang dulu dah transfer dept lain, dapat promotion..baguslah. Kerja dgn bos baru ni kena efisyen. Everything kena rekod. Aku pulak skang ni in charge bajet, coordination ngan office system. banyak mende kena belajar. kay lah, see u again
|
|
|
| |
| ... dinner BNM |
| 09.06.04 (12:32 am) [edit] |
|
... On Saturday, aku dan Ina menghadiri Majlis Makan Malam BNM di Sunway Pyramid Convetion Centre.
:lol:
|
|
|
| |
| First Skeleton Saturday |
| 06.25.04 (8:53 pm) [edit] |
..today is the first skeleton saturday, since implemented by the Bank by first June 2004. Actually, this month all staff have no choice of skeleton saturday because today is the only Saturday is a working Saturday. hmmm...today i went to work driving. parked at Padang Merbuk.. last time i refered to "batang merbuk" ...pehh...an idea from Mr Sahak.. Interestingly enough, today is a busy saturday. lots of thing to do. the BCP, questions from Treasury, coordination of JPK request..hmm..anyway, i have reminded my boss on change of flexi time for the next quarter. bg nan called me asking whether i will go back hometown tomorrow for our relative's wedding ceremony. unfortunately, i'm unable to do so because my partner ..heh...have to attend course at INFRA. anyway, i hope to have a good weekend. miss all the euro games...last night, france loose to greece 0-1. even, i missed the mega movie, mission: impossible 2. pehh...okie then..see u
|
|
|
| |
| MSB April 2004 |
| 06.02.04 (1:51 am) [edit] |
.. aku kena ganti Bg Maamor siapkan MSB. Liason officer utk Sharmila and Hashim (Printing Unit). Dah settle sebentar tadi, kena buat filming hari ini juga. :) Hmm...tak jadi aku nak ke Gym, dah lewat ni. Nak solat dulu sebelum balik. See tomorrow!! :wink:
|
|
|
| |
| Kasut |
| 06.01.04 (11:39 pm) [edit] |
|
Time lunch tadi aku makan dengan Izad kat Nasi Padang depan Sogo. Kat sana jumpa dengan Radzman and the gang (JA). Lepas makan, singgah Sogo sbb ada sale. Aku cadang nak beli kasut.. menarik juga. Tapi, sukar nak mencari saiz kasut aku...saiz 5. At the end, aku tak beli apa pun. Izad beli kemeja. Petang ni nak ke Gym. Minggu lepas aku tak pegi sebab hujan lebat, then ramai orang pegi Gym sampai penuh Gym tu.
|
|
|
| |
| Hujan lagi.. |
| 05.27.04 (2:10 am) [edit] |
|
Kat luar tu hujan lagi..macam semalam juga. Aku baru abis meeting dgn consultant pasal i-Sec Policies & Stds. Hari ni aku menyambung tugas membuat EDMS for JA. Lagi separuh siaplah. :)
|
|
|
| |
| Press Conference GDP 1Q 2004 |
| 05.25.04 (7:57 pm) [edit] |
|
Hari ni jam 4 kat Conference Room. Aku ingat nak gunakan notebook IBM Thinkpad T40. semalam dah le notebook tetiba off :shock: !! apa lagi..kena ler. tak pe, bukan salah sesiapa... teknikal. :(
|
|
|
| |
| Barco Viewing |
| 05.24.04 (7:11 pm) [edit] |
|
Untuk Press conference esok, hari ni ada barco viewing dgn Gabenor. tapi slide tak dapat lagi. hmmm... last minute lagilah nampak gayanya. Hisham Mois (JA) books Projector + Notebook for 13A Mtg room. :roll:
|
|
|
| |
| Pasang notebook |
| 05.23.04 (10:53 pm) [edit] |
|
Aku baru selesai pasang notebook kat Bg Tanjung untuk Meeting Money Section dgn Datuk Zamani. Hari ni kerja banyak, dan bertambah2 pula. Kesimpulannya, selesaikan kerja hari ini sebaiknya.
|
|
|
| |
| Mulanya di sini... |
| 05.23.04 (8:13 pm) [edit] |
|
Aku cuba menggunakan blog hari ni. mendaftar di sini. walaupun sebenarnya aku dah lama tahu mengenai blogging ni..baru sekarang nak mencuba. mudah2an banyak kebaikannya yang boleh aku perolehi... :)
|
|
|
| |
|
|