Tinta Kenangan...


Blog For Free!


Archives
Home
2006 July
2005 November
2005 March
2004 September
2004 June
2004 May

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Lepas raya...
11.07.05 (9:48 pm)   [edit]

Masih belum terlambat rasanya nak ucapkan " selamat hari raya Aidilfitri" kepada semua yang menyambutnya. Hari ni raya ke-6, aku dah start keje on Monday, 7/11/2005. Raya kali ni aku bercuti sembilan hari bermula 29 Okt sampailah 6 Nov. Lama tuu.. Ayang keje on 31 Okt. So, di kesempatan itu, aku telah pergi ke Mid Valley utk beli minyak engine treatment X1-R. Sesambil tu, aku menonton wayang Legend of Zorro 2 kat GSC Mid Valley. Tiket harga RM6..sbb awal pagi. Seronok juga tengok awal2 pagi ni, sbb tak de orang sangat. Aku balik kampung on Tuesday, 1 Nov. Waahh..jalan balik kam pung dah canteek. Dah luas dan rata. Baru tahun inilah, perjalanan balik kampung selesa berbanding tahun-tahun lepas. Lagi pun, kali ini orang balik kampung berperingkat2 lantaran kerana cuti sekolah sudah bermula.


Aku balik Pasir Panjang dulu. Then, hari Rabu ke Parit 8. Pegi Sekinchan beli ayam dan barang2 dapur. Terjumpa Nazri Acik Sg Burong. Balik rumah, tak de orang. Rupanya, Ali dan Kak Ipah pegi Sg Besar membeli belah juga. Bang Nan balik keesokannya pula. Pagi Jumaat Bang Lan datang dari Perak. Lepas solat Jumaat, kami sekeluarga ke rumah Acik Sg Burong. Malam tu, aku dan Ina balik semula ke Pasir Panjang, sbb Bg Mamat jemput. Rupanya ada jamuan, termasuk juga orang baraan. Dapat khabar berita bahawa Azli anak Paman dan Alang kemalangan jalan raya di Parit 9. Kritikal katanya dah dibawa ke Hosp. Tg Karang. Dalam pukul 3.30 pagi, Ina dapat panggilan daripada Bg Loli mengkhabarkan bahawa Azli telah kembali ke rahmatullah kerana kecederaan yang teruk di kepala.


Jenazah sampai rumah Alang dalam jam 1.30 tgh. Solat jenazah pada pukul 3.00 ptg. Abg Kamil dan Abg Azhar pulang dari Johor. Malam tu ada kenduri tahlil di rumah Alang. Sebelum pegi rumah Alang, singgah rumah Abg Ujang. Dipelawa pula makan malam..makan nasi ayam. Kat rumah Alang, makan bihun sup.


Pagi Ahad, kami bertolak balik ke Sg Buloh. Sampai rumah pun dah hampir jam 12.30 tgh sbb jalan agak sesak di Tg Karang. Ina ajak ke IKEA lepas Maghrib, tapi sebelum tu isi perut dulu kat kedai makan tepi jalan besar. Pegi IKEA, sampai dalam jam 9.00 malam. Pilih barang2 spt coffee table, mirror, bakul sampah, etc dan terus bayar. IKEA closed store jam 10.00 malam. Terus balik rumah. Sampai kat rumah, Bobot telah menunggu. perghhh...


Sikit lagi nak cerita. Skang ni aku dah transfer ke Jabatan Ekonomi, tapi masih dalam bahagian Pentadbiran. Admin dulu dah pecah..so, setiap jabatan, JASM, JEK dan JA ada Admin sendiri. Aku dengan Wak Rosli ditugaskan di JEK. Hairi, Ridzuan, Maznah, Rafian di JASM manakala, Kak Ogy, Bg Maamor dan Bg Hussin di JA. Yg lain-lain macam Faizal- Legal, Haizara & Salina-JSM, Ishak & Rahmat, JHP.  


Okaylah kerja kat sini, dan portfolio aku pun bertambah lah sikit memandangkan staff dah kurang. Aku in charge Training, Budget, IT Support.


Kaylah.... dah nak balik ni..Ina cui dua hari semalam dan hari ni. Esok keje. Esok boleh mula pose 6, insyaAllah. Wassalam.