Tinta Kenangan...


Blog For Free!


Archives
Home
2006 July
2005 November
2005 March
2004 September
2004 June
2004 May

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Kuda dan World Cup 2006
07.09.06 (11:33 pm)   [edit]
Weekend yang lalu 8-9 Julai 2006 dipenuhi dengan aktiviti menarik. Pada hari Sabtu, 8/7/06 aku dan Ina ke ofis Ina di TH Perdana. Ina perlu berkemas kerana cuma ada seminggu lagi di KEMAS WP ini, sbb bermula 17 Julai, Ina akan bertugas di Shah Alam. Sampai Maju Junction, kitaorang isi perut dulu kat Pesona, kemudian terus ke pejabat yang terletak di tingkat 28. Aku membaca surat khabar sementara Ina mengemas barang-barangnya yang banyak sangat. sebenarnya, cuma fail-fail dan kertas kerja, memo-memo dan surat-surat rasmi. Aku nak tolong pun, tak pasti apa yang boleh ditolong. Menghampiri jam 4, aku call En Amri, Pusat Ekuin UPM utk mempastikan bahawa kelas menunggang kuda dapat dijalankan. Manalah tahu andai di Serdang hujan turun. Kalau hujan, kelas tersebut terpaksa dibatalkan. Dia kata OK boleh datang, so kami pun terus menuju ke Serdang. Sampai saja di sana, aku terus menunaikan solat Asar. Selesai solat, aku dan Ina ke tempat belajar menunggang kuda. Kali ni kuda yang ditugaskan ialah kuda betina, JADE namanya. Aku pun memulakan kelas dgn menunggang secara perlahan, kuda berjalan sahaja kemudian barulah mengimbangi badan. En. Amri berpuashati dgn imbangan badan yg sudah boleh aku lakukan. Kemudian, dia mengajar agar aku naik-turun badan sebagaimana yang dikehendaki, iaitu up-forward and down. Agak lama juga, barulah aku mendapat rentak tersebut. Tapi, mengahnya rasa tak dapat nak kata. Bila mana dah dapat rentak kuda, memang rasa selesa semasa menunggang kuda cumanya aku tak dapat nak bagi constant speed atau pun gerakan yang konsisten. Lebih kurang 30 minit berlalu, aku pun kepenatan. Sebelum turun, seperti dua kelas sebelum ini, aku melakukan senaman di atas kuda. Bila turun je dari kuda, mata aku berpinar seakan-akan nak pitam. Tapi, aku gagahi juga melangkah keluar dari gelanggang. Alhamdulillah, aku tak pengsan kat sana. Aku dan Ina perlahan2 beredar ke tempat persalinan. Ada brader kat sana kata 100Plus ada dijual, aku minta agar Ina membeli 100Plus. Aku percaya rasa pitam ni kerana perjalanan darah dan oksigen yang tak stabil. Ina pula mengadu sakit tangan kerana memegang tandu kuda. Sebagaimana yg disuruh oleh En. Amri, aku mengambil madu Khaula dan resit di dalam biliknya di pejabat. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, waktu sudah senja. Sebelah malam pula ialah Konsert Akademi Fantasia ke-6. Keseluruhannya, konsert kali ini sama sahaja dgn yg lalu sbb persembahan pelajar biasa-biasa saja. yang mungkin menarik kali ini ialah persembahan si Amirul dengan lagu dari kumpulan indonesia. boelh lah. manakala, persembahan farhan dgn lagu dangdut, kopi dangdut tidak berapa menyerlah disebabkan lontaran suara seperti lagu R&B. anyway, samapi ke akhir juga aku menonton konsert ini. Kali nin, pelajar yg bernama Diddy tersingkir, namun konsert ini memasukkan Leez sebagai pelajar selama satu minggu di Akademi. Hari Ahad, pagi2 lagi aku dah bangun. Hari ni kena pergi ke Temerloh. Ina kena menjenguk kursus yang dianjurkan oleh KEMAS WP yang diadakan di Kolej RISDA, Temerloh. Cuci kereta sbb terlalu comot dan berhabuk. Jam 9.30 pagi baru bertolak. Isi minyak RM30.00 di stesen Petronas MRR2 Kepong. Tersalah jalan semasa bila jumpa simpang ke Temerloh. Akhirnya sampai juga ke Kolej Risda lebih kurang jam 12.00 tgh. Sementara Ina ke dewan untuk urusan seterusnya, aku menunggu di bilik rehat VIP, Alamanda. Bilik ni lengkap dengan TV, katil, tandas, fridge. Memang selesa. Apalagi, aku mengambil peluang ini untuk berehat sambil menonton televisyen, rancangan Melodi. Kira-kira jam 1.30 tgh, Ina datang mengajak makan tengah hari. Sebelum itu, akumenunaikan soalt zohor sbb dah asuk waktu. Kemudian, kami ke dewan makan untuk menjamu hidangan. Seterusnya, terus beredar dari Kolej RISDA kira-kira jam 2.15 ptg. Perjalanan lancar sahaja kecuali di bawah jambatan MRR2 yg ditutup itu dan tiba di Desa Coalfield pada pukul 5.00 ptg. Setibanya kami di rumah, aku menyembur kereta kerana tersangatlah kotor terkena percikan air di bawah jejambat MMR2 tadi. Kemudian, aku menonton cerita P.Ramlee, Sudah Putus Kasih Sayang. Aku ke surau untuk bersolat Maghrib berjemaah. Kedua-dua anak Bobot ikut, si Gemok dan si Dempol. Aku buat tak hirau je, kang nanti susah dia ikut masuk surau. Tapi, masa balik si Dempol ada ikut sekali balik. Lepas makan malam, tengok TV sekejap. Kemudian, solat Isyak dan terus lelap mata. Kunci jam pukul 2.00 pagi sbb nak tengok final World Cup 2006 di antara Perancis dan Itali. Jam 2.30 pagi baru le terbangun, sempat lagi tengok. BUka tv, dah masuk minit2 akhir first half. aku bancuh air Kopi Ginseng Tongkat Ali CNI dan mengunyah kerepek ubi. Perlawanan memang best, sampai masuk ke minit tambahan 30 minit. Itupun masih seri 1-1. Tetiba, Zidane hantuk kepala dia ke dada pemain Itali, tarus kena kad merah dan keluar padang. Bila masa tambahan tamat, maka sepakan penalti menjadi penentu. Perancis tewas di tangan Itali, 3-5. Lepas tu tak tidur dah, terus mandi untuk pegi kerja. Hari Isnin dah ni..